Thursday 4 December 2014

CONTOH ANYAMAN

GAMBAR 15 : KULIT ROTAN DIWARNAKAN DENGAN KULIT KAYU SEPANG SEPANG DAN AKAR MENGKUDU

GAMBAR 16 : KULIT ROTAN DIWARNAKAN DENGAN KULIT KAYU SEPANG
GAMBAR 17 : KULIT ROTAN DIWARNAKAN DENGAN KUNYIT
 


BAHAN PEMATI WARNA @ MORDAN

Mordan merupakan bahan pemati warna yang di gunakan dalam pewarna asli. Mordan terdiri daripada alum , tawas , cuka , kapur dan juga limau. Setiap warna yang terhasil adalah berbeza mengikut jenis mordan serta fabrik mahupun serat.

GAMBAR 9 : TAWAS

GAMBAR 10 : KAPUR
GAMBAR 11 : ALUM

PROSES PENYEDIAAN EKSTRAK WARNA

Peringkat ini merupakan proses yang penting dalam penyediaan bahan pewarna asli. Proses pembuatannya perlu melalui beberapa langkah yang tertentu bagi mendapat hasil warna yang menarik.
Penyediaan bahan pewarna perlu melalui beberapa proses iaitu :
● pemilihan bahan
● proses penyediaan bahan awal
● proses penyediaan ekstrak dan
● proses penyediaan mordan
GAMBAR 12 : RENDAMAN KULIT KAYU SEPANG
GAMBAR 13 : RENDAMAN KUNYIT
GAMBAR 14 : REBUSAN DAUN PANDAN

SERAT ROTAN ( RATTAN FIBRE)

Dalam menjalankan ekperimen saya menggunakan tiga bhagian serat rotan iaitu kulit rotan , isi rotan , dan juga hampas rotan.
GAMBAR 6 : KULIT ROTAN
GAMBAR 7 : HAMPAS ROTAN
GAMBAR 8 : ISI ROTAN

BAHAN-BAHAN PEWARNA ASLI

Antara bahan pewarna asli yang digunakan dalam menghasilkan pewarna asli ( natural dyes)

GAMBAR 1 : BUAH PINANG
GAMBAR 2 : AKAR MENGKUDU
GAMBAR 3 : KULIT KAYU SEPANG
GAMBAR 4 : KUNYIT
GAMBAR 5 : DAUN PANDAN

PEWARNA ASLI

Pewarna asli atau pewarna semulajadi adalah merupakan warna yang dihasilkan dari bahan semulajadi sebagai contoh diambil daripada tumbuhan iaitu daun, bunga, buah, dan juga akar. Selain daripada itu, pewarna asli turut diperolehi melalui haiwan atau serangga, sumber galian malah pembiakan bakteria turut mampu menghasilkan pewarna asli. 
Sumber :  http://en.wikipedia.org/wiki/Natural_dye

ROTAN



 Rotan berasal daripada keluarga Palme dan diklasifikasikan sebagai dalam kumpulan yang terbesar iaitu para famili calamoidea. Ia mempunyai batang yang berduri serta memanjat. Namun terdapat juga beberapa jenis rotan yang tidak memanjat.Terdapat 13 jenis rotan yang wujud di dunia. Antaranya ialah Calamus, Daemonorops, Karthalsia, Plectocomia, Plectocomiopsis dan Myrialepis. Hampir 600 jenis rotan yang dihasilkan oleh 13 jenis genera rotan ini. Kebiasaannya, rotan mempunyai batang yang langsing dengan ukuran diameter 2-5 cm, berbatang panjang, dan tidak berongga. Batang rotan yang berduri panjang, keras dan tajam berfungsi untuk memudahkan ia memanjat ke atas pokok yang lain.
Rotan berbeza dengan kebanyakkan pokok palma yang lain. Hal ini kerana rotan tumbuh secara tunggal dan juga berkelompok. Rotan hanya terdapat di Asia dan juga barat Afrika sahaja. Malaysia merupakn negara yang terkaya dengan pelbagai spesis rotan. Di Sabah hanya terdapat sebanyak 79 spesis rotan. 107 spesis rotan terdapat di Semenanjung manakala di Sarawak pula terdapat lebih kurang sebanyak 106 spesis rotan. Oleh kerana rotan mempunyai sifat yang mudah di lentur, tahan lasak malah ringan sering kali menjadi pilihan dalam sebagai bahan mentah dalam industri kraftangan dan perabot. Antara jenis rotan yang sering menjadi pilihan dalam pembuatan hasil kraftangan dan perabot ialah rotan manau dan juga rotan sega. Produk yang sering dihasilkan daripada rotan ialah kerusi, beg tangan rotan, tikar rotan, tambok dan sebagainya.
SUMBER :  http://en.wikipedia.org/wiki/Rattan
                     http://www.forestry.gov.my

Thursday 27 November 2014

PROSAL

17 September 2014

Setiap pelajar dikehendaki menyediakan beberapa tajuk proposal terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pensyarah.

PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR

Penyelidikan dan projek tahun akhir merupakan kursus wajib bagi setiap pelajar yang akan bergraduat.Kursus ini meliputi aspek penyelidikan, penulisan ilmiah dan juga perlaksanaan projek.