Thursday 4 December 2014

ROTAN



 Rotan berasal daripada keluarga Palme dan diklasifikasikan sebagai dalam kumpulan yang terbesar iaitu para famili calamoidea. Ia mempunyai batang yang berduri serta memanjat. Namun terdapat juga beberapa jenis rotan yang tidak memanjat.Terdapat 13 jenis rotan yang wujud di dunia. Antaranya ialah Calamus, Daemonorops, Karthalsia, Plectocomia, Plectocomiopsis dan Myrialepis. Hampir 600 jenis rotan yang dihasilkan oleh 13 jenis genera rotan ini. Kebiasaannya, rotan mempunyai batang yang langsing dengan ukuran diameter 2-5 cm, berbatang panjang, dan tidak berongga. Batang rotan yang berduri panjang, keras dan tajam berfungsi untuk memudahkan ia memanjat ke atas pokok yang lain.
Rotan berbeza dengan kebanyakkan pokok palma yang lain. Hal ini kerana rotan tumbuh secara tunggal dan juga berkelompok. Rotan hanya terdapat di Asia dan juga barat Afrika sahaja. Malaysia merupakn negara yang terkaya dengan pelbagai spesis rotan. Di Sabah hanya terdapat sebanyak 79 spesis rotan. 107 spesis rotan terdapat di Semenanjung manakala di Sarawak pula terdapat lebih kurang sebanyak 106 spesis rotan. Oleh kerana rotan mempunyai sifat yang mudah di lentur, tahan lasak malah ringan sering kali menjadi pilihan dalam sebagai bahan mentah dalam industri kraftangan dan perabot. Antara jenis rotan yang sering menjadi pilihan dalam pembuatan hasil kraftangan dan perabot ialah rotan manau dan juga rotan sega. Produk yang sering dihasilkan daripada rotan ialah kerusi, beg tangan rotan, tikar rotan, tambok dan sebagainya.
SUMBER :  http://en.wikipedia.org/wiki/Rattan
                     http://www.forestry.gov.my

No comments:

Post a Comment